Anakku Ahmad Zaki dan Pengurusan Berat Badan

Salam Eidulfitri buat semua…

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-NYA kerana terlalu banyak sangat nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya. Saya masih ada keluarga di kala ada orang tidak berkeluarga, saya masih cukup makan di kala ada orang sedang kebuluran, saya masih ada tempat berteduh di kala ada orang yang merempat. Terlampau banyak sangat nikmat sehingga saya tak mampu untuk senaraikan kesemuanya. Allah beri juga saya peluang menyambut Syawal setelah berakhirnya Ramadhan. Sudah lama saya tidak menulis. Saya tidak pandai lagi untuk menguruskan masa untuk tujuan menulis blog.

Buat pengetahuan kalian, anak saya yang kedua Ahmad Zaki sudah 7 bulan umurnya. Terlalu pantas masa berlalu. Masih lagi teringat bagaimana besarnya saya ketika mengandungkan Ahmad Zaki. Walaupun berat badan tidak naik seperti mengandungkan Ahmad Harraz, tetapi dari segi fizikalnya nampak ketara. Di saat akhir trimester, saya tak cukup tidur. Saya mempunyai masalah mencari posisi tidur yang sesuai kerana sakit belakang dan sakit pinggang. Allah makbulkan doa saya untuk melahirkan anak hampir sama tarikhnya dengan abangnya. Allah makbulkan doa saya untuk tidak sakit semasa kontraksi. Tetapi saya diuji ketika saat melahirkan Ahmad Zaki sehingga saya terpaksa memilih satu sahaja solution yang terbaik untuk semua. Pertama, sama ada saya mati sambil memandang wajah suami. Kedua, sama ada nak masuk OT. Ketiga, sama ada saya nak melahirkan anak secara normal. Saya pilih yang ketiga.

Saya cuba dengan segala kudrat yang ada ditemani suami dan seorang bidan yang sangat sabar menunggu bermula saya masuk sehingga proses kelahiran tamat. Alhamdulillah syukur, Ahmad Zaki lahir pada pukul 4.15pg dengan beratnya 3.7kg. Saya terpaksa tinggalkan Ahmad Zaki sendirian sehingga pukul 7.00 pagi. Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kecuali tidur. Ahmad Zaki tidak menangis cuma matanya terkebil-kebil melihat dunia baru. Baik sungguh anak ummi. Suami juga tidur dengan lenanya kerana penat memberi sokongan moral pada saya🙂 . Terima kasih abang. Buat ibu yang menemani Ahmad Harraz di rumah, terima kasih tidak terhingga kakak ucapkan. Buat kawan-kawan yang mendokan saya, sekali lagi terima kasih banyak-banyak. Seperti biasa saya menjalani rutin berpantang. Mengurut, makan jamu, itu dan ini. InsyaAllah tidak rugi kalau kita berpantang. Ada orang tidak suka. Ada orang suka. Bagi saya yang penting kesihatan perlu kita jaga dengan baik. Dengan nikmat kesihatan inilah kita boleh guna untuk membuat amal kebaikan.

Setelah hampir 6 bulan, saya kurang berpuas hati dengan diri saya. Selepas pantang, alhamdulillah saya dapat berat yang dikira ok. Selepas habis pantang, saya kuat makan. Makan apa sahaja sehingga berat badan mencapai tahap yang kurang bagus untuk saya yang mempunyai tahap ketinggian yang tidak tinggi. Lagi sedikit nak overweight. Alhamdulillah saya tersedar yang saya perlu untuk menguruskan berat badan saya dengan baik. Saya perlu untuk menjaga kesihatan saya. Saya jenuh memikirkan apakah langkah yang terbaik untuk saya menguruskan berat badan dengan lebih efisien. Bukan untuk dilihat cantik. Bukan untuk dilihat ramping. Tetapi perlu untuk kita menikmati kesihatan yang baik, yang boleh kita gunakan untuk melakukan amal kebaikan🙂 Betul tak?  Nantikan post akan datang….mata sudah berat kawan-kawan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: