Hadiah cinta dari seorang suami…(Episod 3)

Lama sangat saya tidak menulis. Saya dan suami sibuk sejak akhir-akhir ini memandangkan saya sudah bekerja separuh masa manakala suami pula sibuk menyiapkan tesis. Suami sudahpun pergi kerja (baru start pagi ni) dan Harraz pula masih tidur. Jenuh juga Harraz nak tidur malam tadi, agaknya panas kot. Sambung balik kisah bulan madu kami di Christchurch pula. Bagi saya Christchurch sangat cantik, tidak rugi untuk melancong ke sini. Malam pertama di Christchurch tidur di rumah kenalan dan 2 malam tidur di apartment. Terima kasih buat Kak Jannah serta suami dan adik Fazly yang banyak membantu sewaktu kami berada di sana. Bermula dengan menaiki gondola, punting, naik tram dan yang paling kami nak pergi sangat-sangat ialah main ski di Porters Height. Ada beberapa sebab kenapa kami memilih Porters Height dari tempat yang lain iaitu harga yang lebih murah dan setiap hari isnin beli tiket 1 percuma 1. Jadi kami hanya membeli satu tiket sahaja iaitu nzd70 memandangkan kami pergi hari isnin. Pengalaman bermain ski dalam keadaan bertatih ni bukanlah senang seperti yang dilihat. Kerap kali terjatuh dan ditambah pulak dengan Harraz yang meragam sejak datang hingga pulang😦 . Mungkin Harraz terlalu sejuk. Nasihat kepada sesiapa yang mahu main ski (terutama kepada beginner) tidak sesuai membawa anak yang berusia 2 tahun ke bawah atau pakaikan baju yang sesuai untuk anak supaya tidak sejuk. Hehe. Saya dah kering idea la. So, trip honeymoon ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat kami dan insyaAllah jika ada rezeki lebih mahu saja turun ke Queenstown pula. Bagi saya honeymoon bukan sahaja seronok berjalan tetapi dapat mengeratkan ikatan antara suami dan isteri serta ibu bapa dan anak. Walaupun jumlah kos honeymoon yang mencecah 5 angka, tetapi suami tidak pernah merungut kerana dia mahukan yang terbaik untuk saya dan anak. Sebab itulah saya kata Hadiah Cinta Dari Seorang Suami….terima kasih abang!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: