Hadiah cinta dari seorang suami…(Episod 2)

Di Auckland, kami sempat melawat beberapa tempat menarik. Tetapi sebelum pengembaraan bermula, kami menghabiskan masa beberapa jam untuk membeli umbrella stroller untuk Harraz. Setelah naik bas dan turun bas, agak mengecewakan kerana harganya agak mahal berbanding di Perth. Sukalah untuk saya mengingatkan supaya membawa STROLLER untuk anak supaya ibu ayah tidak penat berjalan dan anak pun selesa. Kalau anak penat dan mahu tidur, boleh duduk dalam stroller. Bagi saya, pekan Auckland agak besar kerana jarak dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Jadi lebih mudah jika ada kereta. Walaubagaimanapun, kami hanya menggunakan perkhidmatan awam sahaja. Antara tempat yang sempat kami lawati ialah Skytower, Devonport serta kawasan sekitarnya. Setelah berada 2 malam di Auckland, kami meneruskan perjalanan ke Wellingnton. Kami menaiki pesawat Jetstar selama 1 jam perjalanan. Ketika sampai di Wellingnton, hujan renyai-renyai dan suhu agak sejuk. Sebaik sampai sahaja di airport, kami lihat seseorang memegang kertas dengan tulisan MR. ABDUL KHANAN. Ya, itulah orang yang kami cari. Perkhidmatan shuttle lagi, menghantar kami terus ke hotel. Disebabkan hotel kami memang berada di tengah pekan, agak mudah untuk pergi ke sana dan ke mari. Namun, disebabkan keadaan cuaca serta forecast yang tidak mengizinkan, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta hanya satu hari sahaja. Antara tempat yang kami lawati ialah Te Papa (National Museum of New Zealand), Wellington Botanic Garden, Beehive (Parliament of New Zealand) serta kawasan sekitarnya. Bagi saya, saya dapat melihat perbezaan antara Auckland dan Wellington. Wellingnton sejuk, happening dan mudah untuk bergerak kerana kedudukan kedai-kedai adalah dekat. Kami berada di Wellingnton selama 2 malam sebelum bertolak ke Christchurh. Perjalanan ke Christchurch mengambil masa selama 8 jam kerana dari Chrischurch ke Picton, kami menaiki Cruise selama 5 jam. Dari Picton ke Christchurch, kami menaiki keretapi selama 3 jam. Cerita akan bersambung lagi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: