Hadiah cinta dari seorang suami… (Episod 1)

Alhamdulillah setelah kami pulang dari bulan madu bersama Harraz, banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada percutian kami. Destinasi bulan madu telah kami tetapkan seawal beberapa bulan dan diakhir-akhir pemergian masih juga sempat membeli baggage yang kami rasa perlu memandangkan beg kami yang berat mencecah 20 kilo. Perjalanan bermula pada pagi hari dan flight delay 30 minit kerana keadaan cuaca yang tidak baik. Pengembaraan bermula di Perth International Airport dengan menaiki pesawat Tiger Airways dan transit di Melbourne (Tullamarine) memandangkan tiada flight terus ke Auckland. Kami ke Auckland menaiki pesawat Virgin Blue dan alhamdulillah sangat selesa berbanding dengan Tiger hehe. Sebelum bertolak ke Auckland, kami sempat bersarapan kerana saya memang telah menyiapkan 2 burger ayam, 2 bekas nasi goreng dan 2 ketul ayam bakar untuk bekalan sarapan dan tengahari memandangkan kami akan tiba di Auckland tengahari kerana beza waktu Perth dan New Zealand selama 4 jam. Hendak dijadikan cerita yang amat sedih, 2 ketul ayam bakar saya telah dimasukkan ke dalam tong sampah setelah tiba di Auckland International Airport sewaktu pemeriksaan. Meleleh air liur melihat ayam bakar dibuang kerana pada waktu itu perut mula berkeroncong. Setelah tiba di Auckland, kami menaiki van (Super Shuttle) yang telah dibooking oleh suami menghantar kami terus ke Hotel Apartment kami iaitu Quadrant Hotel. Selepas menyiapkan diri, kami keluar membeli barang-barang keperluan untuk memasak kerana kami akan berada di Auckland selama 2 hari 2 malam. Berbekalkan peta, kami berjalan kaki ke Foodtown yang saya kira amat jauh kerana penat dan saya serta suami bergilir-gilir mendukung Harraz menyebabkan kaki tidak larat lagi untuk melangkah. Kami selesai membeli barang-barang jam 10.30 malam. Cerita sedih yang kedua ialah topup boucher bernilai NZD20 hilang.  Pengajaran pertama dari sini ialah MESTI SEWA KERETA dan BERHATI-HATI DENGAN TOPUP BOUCHER. Cerita akan bersambung…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: