Trip honeymoon

Lama sungguh saya tak menjenguk blog ni. Dah usang sedikit. Nampaknya perlukan motivasi untuk menulis. Kehidupan berjalan seperti biasa selagi hayat dikandung badan. Selagi Allah mengizinkan saya hidup di atas muka buminya, selagi itulah kehidupan kita sebagai khalifah yang menjadi tanggungjawab kita untuk memakmurkan bumi ini dengan Daulah Islamiyah. Itulah konsep kalimah syahadah yang perlu difahami betul-betul oleh semua insan yang bergelar Muslim. Saya akan kupas topik ini di lain entry. Alhamdulillah perjalanan yang dirancang beberapa bulan lalu bersama suami hampir dirasa. InsyaAllah kami akan ke New Zealand sebagai destinasi bulan madu setelah 5 tahun bergelar suami isteri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami di sana serta memberi ketenangan akal fikiran kepada kami serta Ahmad Harraz dalam menempuh alam kehidupan yang semakin hari semakin mencabar. Dengan penuh rasa rendah diri, izinkan kami menatap bumi-Mu Ya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: