Adelaide – Melbourne

Alhamdulillah perjalanan dari Adelaide ke Melbourne disulami dengan pelbagai pengalaman manis buat diri, suami dan sudah tentulah Ahmad Harraz. Bermula dengan Selasa pagi kami menaiki pesawat JET STAR pada pukul 10.30pg dan sampai di Adelaide pukul 2.50ptg (waktu Adelaide) yang mana semakin ke timur, lagi bertambahlah masa. Waktu tempatan Adelaide cepat 1 jam 30 minit dari Perth. Seperti biasa, saya tak tidur pun sepanjang perjalanan kerana melayan karenah anak yang tak mahu duduk diam. Sempat juga membeli secawan teh dan cookies (ada tanda halal) untuk melapik perut yang sudah pun diisi dengan nasi sebelum kami bertolak tadi. Hmm, untuk Harraz saya sediakan beberapa biji strawbeeries yang sangat manis untuk dimakan.

Setibanya di airport, setelah semua beg-beg yang berat diambil, suami terus menguruskan pengangkutan, yang mana telah dibooking online sebelum itu. Setelah semuanya settle, kami memulakan perjalanan dengan mencari barang-barang asas untuk dimasak seperti beras, roti, ayam, telur, sardin, gula, garam, baked bean dan yang sewaktu dengannya. Disebabkan masa yang agak suntuk kerana kami belum lagi solat zuhur dan asar sedangkan waktu maghrib hampir tiba, kami decide untuk makan di luar memandangkan banyak juga gerai halal serta murah berbanding dengan Perth.

Selesai menjamu selera di K-noodle, kami bersiap-siap ke North Adelaide. Bukan untuk berjalan, tetapi untuk berehat di Majestic Old Lion Apartments.  Alhamdulillah sampai juga kami di sana. Setelah kesemua barang-barang di angkut, kami membersihkan diri dan solat. Terasa segar kembali setelah seharian dalam perjalanan. Kemudian saya mengambil pakaian kotor untuk dicuci kerana kebanyakan kemudahan yang disediakan di apartment ialah washing machine serta dryer yang akan memudahkan kita untuk membasuh baju dan mengeringkannya. So, tak perlu la risau jika membawa sedikit pakaian sahaja. Sebelum masuk tidur, sempat juga saya dan suami menyiapkan keperluan untuk memasak esok pagi sebagai bekalan untuk lunch.

Around 11.00am kami bertolak keluar dari apartment menuju ke central market dan victoria square sambil menaiki tram. Di central market, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Ada yang murah, ada yang mahal. Saya sempat membeli seedless grape, aud1.99 per kg, cili masak dan terdapat halal butcher yang menjual pelbagai jenis daging dan ayam samada yang belum atau sudah di marinade. Pengangkutan tram adalah baru bagi saya yang mana landasan tram berkongsi dengan jalan raya. Selepas berjalan (12.00am), kami meneruskan kembali perjalanan ke Portland iaitu tempat persinggahan kami yang kedua. Sampai di Portland, Victoria pukul 8.00pm setelah seharian memandu. Jauh sungguh perjalanan. Bila dah sampai Victoria, waktu berubah lagi. Cepatkan waktu 30 minit lagi. Walaupun penat tetapi makan malam perlu disiapkan juga. Kami dinner pukul 10.00pm.

Setelah menyiapkan bekalan lunch dan sarapan, kami bertolak ke Melbourne pukul 10.00am Khamis menyusuri Great Ocean Road yang menakjubkan. Kami singgah sebentar melihat keindahan Maha Pencipta yang terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata atau perasaan. Andai kalian semua ada rezeki untuk melancong ke sini, silalah berkunjung di GOR the 12 appostles. Perjalanan bersambung kembali dan hanya singgah untuk makan tengahari dan solat. Akhirnya kami sampai di Melbourne (rumah sahabat) pada pukul 8.00pm juga. It’s a bloody long way. Very tired.

Hari-hari seterusnya iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu, kami berjalan di sekitar Melbourne – Philip Island yang terdapat pelbagai tempat yang menarik seperti Penguin Parade yang mana anda boleh melihat sendiri penguin paling kecil di dunia naik ke atas darat yang bermula pada pukul 6.00ptg. Jenuh juga menunggu kelibat si kecil ini kerana hari yang gelap dan tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau video langsung. Terdapat juga chocolate factory, koala conservation centre, a maze n thing and so on. Bagi saya, berjalan-jalan di Melbourne City menyebabkan badan terasa cepat penat, tekak terasa cepat dahaga dan fikiran juga cepat merasa tertekan kerana keadaan yang hectic bercampur dengan kenderaan tram yang bersimpang siur ditambah dengan orang yang ramai menuju ke destinasi masing-masing. Maklum la di Perth keadaan berlainan sama sekali. Orang kata di Sydney lagi hectic. Saya tak dapat bayangkan. Tapi teringin juga nak lihat tempat orang hehe. Kami pulang ke Perth pada hari Rabu malam dengan menaiki pesawat yang sama pada pukul 9.00pm. Alhamdulillah, kami sampai di rumah pada pukul 11.30pm (waktu Perth). Sepanjang perjalanan, Harraz tidur dengan lenanya dan saya pula tak sabar nak sampai ke rumah. Pengalaman yang manis apabila berjalan, melihat dan mentafsir….

1 Komen (+add yours?)

  1. kak tikah
    May 20, 2009 @ 12:24:16

    salam. waa…selamat dtg ke dunia blogger. upload lah gmbr2 terbaru haraz. do keep intouch yer😉

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: