Pengalaman lalu…

Alhamdulillah dan syukur dengan rahmat-NYA, dapat lagi saya bernafas untuk meneruskan kehidupan yang hanya sementara di bumi ini. Terlampau banyak nikmat yang saya kecapi dan seharusnya saya mesti bersyukur. Teringat lagi cuti di Malaysia, banyak hajat tak sampai. Terlalu banyak benda nak dibuat. Banyak sangat makanan yang hendak di makan kerana saya dan suami sangat la rindu nak makan di gerai atau restoren. Maklumla, di sini sekali makan lebih kurang AUD30-AuD40 bagi saya dan suami sekali makan. Sebab itu la sangat-sangat la jimat jika makan di rumah sahaja. Tapi kadang-kadang saya boring juga makan masakan air tangan sendiri.

Kita tutup pasal makan ye. Apa yang saya nak cerita di sini is pengalaman saya “miscarriage” di Malaysia. Actually, tiada siapa pun tahu saya pregnant masa saya pulang ke Malaysia. Memang masa tu sangat letih dengan barang-banrang yang banyak, terkejar sana sini, dengan Harraz yang meragam bila plane nak landing dan saya pun tak tidur sepanjang journey. Saya penat. Saya lapar. Saya nak tidur. Tapi saya gagahkan juga diri nak bawa Harraz jumpa opah, atok dan makcik-makciknya yang sedang menunggu dengan penuh sabar. Alhamdulillah, keluar je gate, semua panggil Harraz, maklumla tinggalkan Harraz umur 2 bulan, sekarang sudah setahun. Mesti la rindu. Tapi Harraz pula yang bad mood, menangis. Jenuhla umminya bawa ke sana ke mari, sebab Harraz tak nak dekat semua orang.

Nak dipendekkan cerita, saya buat first scan di klinik sebab nak tahu berapa umur kandungan saya yang sebenarnya. Hampir 5 minggu, awal lagi. Tapi yang seronoknya – expecting twin. Memang ada rezeki saya nak dapat anak kembar. Alahan tak la teruk sangat, cuma cepat penat. Masa tu, saya tak larat nak layan Harraz. Nasib baik opah, atok dan makciknya ada nak tolong jaga. Hmm, saya pendekkan lagi cerita. Terlalu kompleks untuk dihuraikan. Saya miscarriage di Hotel Pan Pacific, KL sebab on da way nak ke Terengganu. Masuk wad di Hospital Selayang. Namun, itulah yang terbaik untuk saya Allah telah caturkan.

Jika dihitung, Harraz bakal jadi seorang abang hujung tahun ni.  Ummi tak pernah kesal dengan apa yang berlaku. InsyaAllah, yang terbaik ummi dan abi akan berikan pada Harraz….

1 Komen (+add yours?)

  1. azy
    Apr 26, 2009 @ 19:10:55

    salam…sabar ye kak..de hikmah kan..pe2 seronok baca pengalaman di rantau org

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: