Rumah baru, rumah lama

Alhamdulillah…Dapat juga saya menjenguk “diari” saya ini setelah bercuti lama. Bukan la pergi bercuti makan angin, tapi bercuti daripada urusan pemindahan barang-barang rumah dari rumah lama ke rumah baru kami. Nak diceritakan, sangat la penatnya nak pindah ni walaupun rumah baru kami tu belakang rumah sahaja. Tengok pada alamat sudah tau dekat, berpindah dari rumah 34 A, Lawson St. ke 32 B, Lawson St. . Dekat je. Dapat kunci pada 20 Januari, kena settle semua pada 22 Januari. Bukan seperti pindah rumah di Malaysia, di sini kita sebagai tenant perlu mengemas, membersih, mengilap rumah yang di sewa seperti asal kita terima dulu. Kerja yang memerlukan profesional cleaning seperti cermin tingkap dan karpet tidak perlu cuma sediakan ongkosnya. Nanti akan diuruskan oleh agen rumah. Kami serah kunci pada agen pada pukul 1 petang, 22 Januari. Petang tu, agen sudah buat bond inspection yang mana bond kami yang ada pada agen sebanyak satu bulan menyewa, AUD 1300. Keesokan harinya, kami sudah terima email yang mana banyak benda yang kami kena bersihkan lagi. Bukan kami tak bersihkan, tapi tak mencapai tahap kualiti yang ditetapkan. Contohnya semua kabinet, bulb perlu dikilatkan macam nampak baru. Kami boleh pilih sama ada nak hire orang bersihkan, tapi mahal sangat is AUD 500++. Jadi suami saya pun membeli alat kelengkapan cleaning yang lebih proper, yang mana lebih menjimatkan. Kami diberi tempoh oleh agen untuk menyerahkan kunci sebelum pukul 5 petang, 26 Januari. Alhamdulillah suami sudah pulangkan kunci semalam pukul 3 petang. Rumah baru alhamdulillah sangat selesa. Lagi luas berbanding rumah lama walaupun bilik dan sewanya sama seperti rumah lama. 3 bilik dan AUD 325 per week. Cuma rumah baru tidak disediakan air-cond. Jenuh juga la tahan panas sebab sekarang ni musim summer. Kesian juga dengan Harraz, berpeluh-peluh dan kadang-kadang menggaru sana sini, gatal. Hari-hari di rumah baru di isi dengan jadual yang agak padat sebelum keberangkatan pulang kami ke Malaysia (tak sabar nak duduk dalam plane, nak lelapkan mata).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: