Happy 1st Birthday Harraz !!!

Alhamdulillah pada 16 Januari yang lepas, genaplah umur Harraz setahun. Rasanya baru je bersalinkan Harraz. Masih teringat lagi bagaimana saya ditolak dalam labour room, bermula pukul 8 pagi sehingga 6.50 petang (menunggu hampir 10 jam), menahan sakitnya contraction yang sudah saya tak ingat macam mana sakitnya, saat suami yang tidak jemu-jemu menunggu, saat saya kelaparan kerana tidak makan pagi (tak sempat nak makan). Walaupun saya dan suami memang berharap Harraz lahir cepat kerana pada waktu itu saat genting buat suami untuk menyiapkan segala dokumen untuk melanjutkan pelajaran di Perth (dekat sahaja dengan Malaysia). Mana tidaknya, visa belum buat lagi. Nak buat visa, kena ada pasport. Pasport kami berdua memang sudah ada. Pasport siapa lagi kalau bukan buah hati ummi dan abi. Hehe.

Allah Maha Berkuasa, Allah makbulkan permintaan kami dengan kelahiran Harraz awal pada tarikhnya. Sepatutnya 4 Februari. Tapi kami kena pasrah sebab keadaan Harraz pada ketika itu memaksa doktor menahan Harraz dalam wad selama 9 hari. Hari pertama lagi Harraz sudah tidur dengan nurse. Sedihnya tak tahu nak cakap la masa tu. Saya dibenarkan keluar wad pada keesokan harinya.  Setiap hari saya melawat Harraz di hospital. Kesian tengok suami yang ke hulu ke hilir. Nasib baik dapat cuti seminggu, cuma suami sibuk dengan urusannya nak sambung belajar. Terima kasih buat mama (emak mertua) yang datang naik bas dari Taiping ke Johor untuk melihat dan menjaga saya selama berada di Johor. Ibu, ayah dan adik saya juga datang, cuma lewat sedikit kerana masih berkerja. Tapi ibu ayah datang tak lama, hari jumaat sehingga hari ahad. Ingatkan boleh la bawa saya dan Harraz pulang, tetapi Harraz tak boleh keluar lagi. Jadi kami switch kereta. Ayah bawa kereta suami dan suami pakai unser ayah untuk memudahkan kami berpindah dari Johor ke Perak dengan membawa barang-barang yang banyak dan menyendatkan unser (rindu kat unser yang banyak berjasa, ayah dah jual unser tu).

Setiap hari saya hantar bekalan susu pada Harraz. Susu ummi yang paling sedap Harraz minum sehingga sekarang. Harraz tak minum susu formula. Setiap malam saya menangis rindu pada Harraz. Tak tahu macam mana nak gambarkan. Alhamdulillah Harraz keluar petang jumaat, 25 Januari. Kami bersyukur sangat. Barulah opah dapat tengok cucu opah macam mana. Rupa abi ke, rupa ummi ke. Tapi kami belum boleh balik Perak lagi sebab nak buat pasport Harraz dulu. Keluar hospital, kami pergi tangkap gambar Harraz dan buat pasport. Selepas itu buat medical check-up untuk visa. Masa tu memang kelam kabut la. Ke sana ke mari. Kesian Harraz. Setelah semuanya selesai, barulah kami kemas barang untuk pulang terus ke Perak kerana suami pun ambil study leave sehingga Februari 2010. Perjalanan yang jauh, penatnya. Nak keluar negeri Johor pun dah penat walaupun bukan saya jadi driver. Bertolak lewat dari Johor menyebabkan kami sampai pukul 12 malam di rumah saya, Bota. Alahai rindunya nak berpantang di rumah.  Ibu dan ayah sangat la gembiranya menyambut kepulangan cucu lelaki yang pertama. Maklumla kami semuanya perempuan, dapat cucu lelaki pula. Memang la Harraz ditatang dengan minyak yang penuh oleh opah dan atoknya. Terima kasih sekali lagi buat mama yang menjaga saya. Malam tu suami dan mama pulang ke Taiping. Sampai pukul 1 pagi di Taiping. Cerita ini akan bersambung lagi.  

Yang saya nak cerita is kami sambut majlis birthday Harraz ala kadar sahaja sebab nak sambut di Malaysia nanti. InsyaAllah kami balik holiday di Malaysia pada 29 Januari sehingga 24 Februari. Kami bagi Harraz present juga hari ni, hehe. Kami bawa Harraz pergi immunisation for 12 months. Kesian Harraz, menangis kena cucuk. 3 tempat. Arm kanan dan kiri serta peha kiri. Selepas itu, kami belikan kek. Cadang nak buat laksa. Sampai rumah pukul 4 petang, buat laksa, solat dan pergi Burswood park. Kami ada ajak kawan-kawan datang. Tak la ramai. Alhamdulillah selesai. Harraz dapat juga hadiah comel dari uncle-unclenya yang bujang.

Ahmad Harraz…

Ummi dan abi doakan semoga Ahmad Harraz menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ummi dan abi, disihatkan tubuh badan, dilapangkan dada untuk mudah menuntut ilmu, dimurahkan rezeki dan semoga menjadi seorang pejuang agama Allah. InsyaAllah, hanya yang terbaik ummi dan abi akan berikan untuk Harraz. Ummi dan abi sayang Harraz.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: