Boikot ISRAEL !

Sejak Israel melancarkan perang terhadap Palestin yang mana sudah hampir puluhan hari dan angka terkorban yang meningkat, ramai orang tidak kira di mana-mana sahaja berusaha untuk memboikot produk-produk yang ada pertalian darah dengan mereka (Israel). Alhamdulillah dan syukur atas usaha kalian. Saya dan suami juga berusaha memboikot produk-produk ini sejak kami bernikah. Mula-mula memang la rasa banyaknya benda tak boleh nak makan dan pakai. Kadang-kadang tengok orang makan McDonald, rasa kepingin nak makan. Tapi Alhamdulillah, lama-lama sudah menjadi kebiasaan kerana setiap produk yang tak boleh makan atau pakai, ada alternatifnya. Seingat saya, last time saya makan McDonald, masa sekolah menengah. Maklum la memang tempat students makan masa outing dulu-dulu.

Antara produk alternatif yang kami pakai atau guna sekarang seperti vico atau ovaltine ganti milo, anakku atau pureen ganti J&J, mamy poko, pureen atau pampers Coles ganti huggies, AMD ganti processor Intel (laptop suami), samsung ganti nokia, adabi ganti maggi, jusco ganti carefour, mustika ratu atau safi ganti loreal, intimate ganti kotex dan lain-lain lagi. Kadang-kadang saya tidak terlepas juga membeli barangan nestle seperti susu cair dan reduced cream untuk buat puding. Jenuh cari susu cair jenama lain, tapi tak jumpa. Lepas ni kena buat puding versi lain la pula, boleh guna rice cream ganti reduced cream. Semoga kami istiqamah dalam memboikot semua produk yang mana directly memberi wang kepada Israel.

Jika kita meneliti sejarah bangsa yahudi, mereka memang mempunyai sifat yang penuh dengan tipu daya, bermuka-muka dan pengecut. Dalam buku Perjalanan Hidup Nabi Muhammad oleh Dr. Mustafa Al-Siba’ei ada menyebut tentang sejarah peperangan Rasulullah s.a.w iaitu sikap baginda terhadap kaum yahudi dan sikap mereka terhadap baginda dan dakwahnya. Ini kerana semasa baginda mula-mula menetap di Madinah dahulu, baginda sangat berhasrat untuk mewujudkan hubungan damai dengan kaum yahudi. Baginda sangat mengutamakan agar mereka mendapat kebebasan beragama serta menjamin keamanan bagi harta benda mereka. Akan tetapi kaum yahudi yang memang penuh dengan tipu daya, yang tidak berapa lama kemudian merancang untuk membunuh baginda. Itulah punca berlaku “Peperangan Bani An Nadhir “. Kemudian berlaku pula pembatalan perjanjian sehingga tercetusnya “Peperangan Bani Quraizah”. Tidak hanya terhenti setakat itu, mereka terus mempersiapkan diri dan senjata, merangka berbagai-bagai tipu helah serta perancangan jahat kemudian menyerang Kota Madinah dan orang-orang mukmin yang meneybabkan berlakunya “Peperangan Khaibar”.

 Bagi melawan kaum yahudi ini, kita umat Islam perlu bersatu, bersatu dan bertindak secara tegas dengan mereka. kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w bertindak tegas dengan mereka kerana kaum yahudi memang pantang jika diberi muka. Kita kesian melihat anak-anak kecil, wanita, orang tua bahkan kucing juga menjadi mangsa yahudi Zionis ini di Palestin. Saya berdoa moga Allah menghantar bala-bala tenteraNYA untuk membantu pejuang Palestin demi menegakkan agamaMU…amin….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: