Herbalife Distributor in Langford

Maximise your health with Cellular Nutrition – the foundation of healthy living.

Cells are  the basic unit of the human body, providing the power for everything you do – from thinking to growing. Herbalife are formulated to support healthy villi, the tiny finger-like structures along the intestine wall that act as ‘gatekeepers’, helping your body absorb more nutrients, vitamins and mineral, while protecting you from toxins. The healthier your villi, the more efficiency your cells can absorb nourishment – and the healthier you’ll be. InsyaAllah…

Getting started with Herbalife’s Weight Management Products is very easy and can be great fun! These 3 products that I used is so good for weight management. So good, in just 2 weeks I lost 2 kilos without any harsh diet…

          Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink

  • A healthy meal for balanced nutrition, rich in essential vitamins and minerals.
  • Contains 19 grams of high quality soy protein per shake to help you feel full and satisfied.
  • Contains no saturated (trans) fats.
  • 2.3 grams of fibre for digestive health.
  • Low GI carbohydrate.
  • Comes in five great-tasting flavours. (French Vanila, Dutch Chocolate, Berry Flavour, Tropical Fruit and Cookies n’ Cream)

        Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder

  • Personalised Protein Powder is a convenient way to supplement dietary protein, helping you stay lean and fit.
  • Contains 5g of protein per 6g serving.
  • Boosts protein intake to help fight hunger.
  • Helps maintain lean muscles mass.
  • Includes high-quality soy and whey proteins.
  • Unflavoured and mixes easily in shakes, soups and sauces.

        Instant Herbal Beverage (Tea-Mix)

  • Includes the health benefits of green tea and specially selected herbal extracts.
  • Contributes to overall well-being and helps support normal vitality.
  • Enjoy hot or cold.
If  you are interested, do contact me :
Herbalife Independent Distributer,
Ainull Najhwar 
SMS – 04-33715896
                or
EMAIL – ainull_najhwar@yahoo.com.my

Anakku Ahmad Zaki dan Pengurusan Berat Badan

Salam Eidulfitri buat semua…

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-NYA kerana terlalu banyak sangat nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya. Saya masih ada keluarga di kala ada orang tidak berkeluarga, saya masih cukup makan di kala ada orang sedang kebuluran, saya masih ada tempat berteduh di kala ada orang yang merempat. Terlampau banyak sangat nikmat sehingga saya tak mampu untuk senaraikan kesemuanya. Allah beri juga saya peluang menyambut Syawal setelah berakhirnya Ramadhan. Sudah lama saya tidak menulis. Saya tidak pandai lagi untuk menguruskan masa untuk tujuan menulis blog.

Buat pengetahuan kalian, anak saya yang kedua Ahmad Zaki sudah 7 bulan umurnya. Terlalu pantas masa berlalu. Masih lagi teringat bagaimana besarnya saya ketika mengandungkan Ahmad Zaki. Walaupun berat badan tidak naik seperti mengandungkan Ahmad Harraz, tetapi dari segi fizikalnya nampak ketara. Di saat akhir trimester, saya tak cukup tidur. Saya mempunyai masalah mencari posisi tidur yang sesuai kerana sakit belakang dan sakit pinggang. Allah makbulkan doa saya untuk melahirkan anak hampir sama tarikhnya dengan abangnya. Allah makbulkan doa saya untuk tidak sakit semasa kontraksi. Tetapi saya diuji ketika saat melahirkan Ahmad Zaki sehingga saya terpaksa memilih satu sahaja solution yang terbaik untuk semua. Pertama, sama ada saya mati sambil memandang wajah suami. Kedua, sama ada nak masuk OT. Ketiga, sama ada saya nak melahirkan anak secara normal. Saya pilih yang ketiga.

Saya cuba dengan segala kudrat yang ada ditemani suami dan seorang bidan yang sangat sabar menunggu bermula saya masuk sehingga proses kelahiran tamat. Alhamdulillah syukur, Ahmad Zaki lahir pada pukul 4.15pg dengan beratnya 3.7kg. Saya terpaksa tinggalkan Ahmad Zaki sendirian sehingga pukul 7.00 pagi. Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kecuali tidur. Ahmad Zaki tidak menangis cuma matanya terkebil-kebil melihat dunia baru. Baik sungguh anak ummi. Suami juga tidur dengan lenanya kerana penat memberi sokongan moral pada saya :) . Terima kasih abang. Buat ibu yang menemani Ahmad Harraz di rumah, terima kasih tidak terhingga kakak ucapkan. Buat kawan-kawan yang mendokan saya, sekali lagi terima kasih banyak-banyak. Seperti biasa saya menjalani rutin berpantang. Mengurut, makan jamu, itu dan ini. InsyaAllah tidak rugi kalau kita berpantang. Ada orang tidak suka. Ada orang suka. Bagi saya yang penting kesihatan perlu kita jaga dengan baik. Dengan nikmat kesihatan inilah kita boleh guna untuk membuat amal kebaikan.

Setelah hampir 6 bulan, saya kurang berpuas hati dengan diri saya. Selepas pantang, alhamdulillah saya dapat berat yang dikira ok. Selepas habis pantang, saya kuat makan. Makan apa sahaja sehingga berat badan mencapai tahap yang kurang bagus untuk saya yang mempunyai tahap ketinggian yang tidak tinggi. Lagi sedikit nak overweight. Alhamdulillah saya tersedar yang saya perlu untuk menguruskan berat badan saya dengan baik. Saya perlu untuk menjaga kesihatan saya. Saya jenuh memikirkan apakah langkah yang terbaik untuk saya menguruskan berat badan dengan lebih efisien. Bukan untuk dilihat cantik. Bukan untuk dilihat ramping. Tetapi perlu untuk kita menikmati kesihatan yang baik, yang boleh kita gunakan untuk melakukan amal kebaikan :) Betul tak?  Nantikan post akan datang….mata sudah berat kawan-kawan….

Lama tak menjenguk

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya saya tidak menulis, sudah setahun rupanya. Saya sibuk dengan kerja, anak dan suami. Hanya mampu duduk di depan laptop sekejap-sekejap. Tak sangka masa berlalu begitu cepat. InsyaAllah bulan Januari depan, kami bakal menimang cahaya mata yang kedua. Ahmad Harraz akan jadi abang. Kami akan berempat. Moga Allah sentiasa memberikan seribu satu kebahagian buat kami sekeluarga. Opah dan atok (sebelah saya) ini cucu kedua mereka manakala sebelah suami, insyaAllah yang ke-13. Saya akan menulis lagi, sekarang sudah masuk waktu Maghrib. Menunggu suami untuk solat berjemaah…

Sayang Ahmad Harraz

Hadiah cinta dari seorang suami…(Episod 3)

Lama sangat saya tidak menulis. Saya dan suami sibuk sejak akhir-akhir ini memandangkan saya sudah bekerja separuh masa manakala suami pula sibuk menyiapkan tesis. Suami sudahpun pergi kerja (baru start pagi ni) dan Harraz pula masih tidur. Jenuh juga Harraz nak tidur malam tadi, agaknya panas kot. Sambung balik kisah bulan madu kami di Christchurch pula. Bagi saya Christchurch sangat cantik, tidak rugi untuk melancong ke sini. Malam pertama di Christchurch tidur di rumah kenalan dan 2 malam tidur di apartment. Terima kasih buat Kak Jannah serta suami dan adik Fazly yang banyak membantu sewaktu kami berada di sana. Bermula dengan menaiki gondola, punting, naik tram dan yang paling kami nak pergi sangat-sangat ialah main ski di Porters Height. Ada beberapa sebab kenapa kami memilih Porters Height dari tempat yang lain iaitu harga yang lebih murah dan setiap hari isnin beli tiket 1 percuma 1. Jadi kami hanya membeli satu tiket sahaja iaitu nzd70 memandangkan kami pergi hari isnin. Pengalaman bermain ski dalam keadaan bertatih ni bukanlah senang seperti yang dilihat. Kerap kali terjatuh dan ditambah pulak dengan Harraz yang meragam sejak datang hingga pulang :( . Mungkin Harraz terlalu sejuk. Nasihat kepada sesiapa yang mahu main ski (terutama kepada beginner) tidak sesuai membawa anak yang berusia 2 tahun ke bawah atau pakaikan baju yang sesuai untuk anak supaya tidak sejuk. Hehe. Saya dah kering idea la. So, trip honeymoon ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat kami dan insyaAllah jika ada rezeki lebih mahu saja turun ke Queenstown pula. Bagi saya honeymoon bukan sahaja seronok berjalan tetapi dapat mengeratkan ikatan antara suami dan isteri serta ibu bapa dan anak. Walaupun jumlah kos honeymoon yang mencecah 5 angka, tetapi suami tidak pernah merungut kerana dia mahukan yang terbaik untuk saya dan anak. Sebab itulah saya kata Hadiah Cinta Dari Seorang Suami….terima kasih abang!!!

Hadiah cinta dari seorang suami…(Episod 2)

Di Auckland, kami sempat melawat beberapa tempat menarik. Tetapi sebelum pengembaraan bermula, kami menghabiskan masa beberapa jam untuk membeli umbrella stroller untuk Harraz. Setelah naik bas dan turun bas, agak mengecewakan kerana harganya agak mahal berbanding di Perth. Sukalah untuk saya mengingatkan supaya membawa STROLLER untuk anak supaya ibu ayah tidak penat berjalan dan anak pun selesa. Kalau anak penat dan mahu tidur, boleh duduk dalam stroller. Bagi saya, pekan Auckland agak besar kerana jarak dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Jadi lebih mudah jika ada kereta. Walaubagaimanapun, kami hanya menggunakan perkhidmatan awam sahaja. Antara tempat yang sempat kami lawati ialah Skytower, Devonport serta kawasan sekitarnya. Setelah berada 2 malam di Auckland, kami meneruskan perjalanan ke Wellingnton. Kami menaiki pesawat Jetstar selama 1 jam perjalanan. Ketika sampai di Wellingnton, hujan renyai-renyai dan suhu agak sejuk. Sebaik sampai sahaja di airport, kami lihat seseorang memegang kertas dengan tulisan MR. ABDUL KHANAN. Ya, itulah orang yang kami cari. Perkhidmatan shuttle lagi, menghantar kami terus ke hotel. Disebabkan hotel kami memang berada di tengah pekan, agak mudah untuk pergi ke sana dan ke mari. Namun, disebabkan keadaan cuaca serta forecast yang tidak mengizinkan, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta hanya satu hari sahaja. Antara tempat yang kami lawati ialah Te Papa (National Museum of New Zealand), Wellington Botanic Garden, Beehive (Parliament of New Zealand) serta kawasan sekitarnya. Bagi saya, saya dapat melihat perbezaan antara Auckland dan Wellington. Wellingnton sejuk, happening dan mudah untuk bergerak kerana kedudukan kedai-kedai adalah dekat. Kami berada di Wellingnton selama 2 malam sebelum bertolak ke Christchurh. Perjalanan ke Christchurch mengambil masa selama 8 jam kerana dari Chrischurch ke Picton, kami menaiki Cruise selama 5 jam. Dari Picton ke Christchurch, kami menaiki keretapi selama 3 jam. Cerita akan bersambung lagi….

Hadiah cinta dari seorang suami… (Episod 1)

Alhamdulillah setelah kami pulang dari bulan madu bersama Harraz, banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada percutian kami. Destinasi bulan madu telah kami tetapkan seawal beberapa bulan dan diakhir-akhir pemergian masih juga sempat membeli baggage yang kami rasa perlu memandangkan beg kami yang berat mencecah 20 kilo. Perjalanan bermula pada pagi hari dan flight delay 30 minit kerana keadaan cuaca yang tidak baik. Pengembaraan bermula di Perth International Airport dengan menaiki pesawat Tiger Airways dan transit di Melbourne (Tullamarine) memandangkan tiada flight terus ke Auckland. Kami ke Auckland menaiki pesawat Virgin Blue dan alhamdulillah sangat selesa berbanding dengan Tiger hehe. Sebelum bertolak ke Auckland, kami sempat bersarapan kerana saya memang telah menyiapkan 2 burger ayam, 2 bekas nasi goreng dan 2 ketul ayam bakar untuk bekalan sarapan dan tengahari memandangkan kami akan tiba di Auckland tengahari kerana beza waktu Perth dan New Zealand selama 4 jam. Hendak dijadikan cerita yang amat sedih, 2 ketul ayam bakar saya telah dimasukkan ke dalam tong sampah setelah tiba di Auckland International Airport sewaktu pemeriksaan. Meleleh air liur melihat ayam bakar dibuang kerana pada waktu itu perut mula berkeroncong. Setelah tiba di Auckland, kami menaiki van (Super Shuttle) yang telah dibooking oleh suami menghantar kami terus ke Hotel Apartment kami iaitu Quadrant Hotel. Selepas menyiapkan diri, kami keluar membeli barang-barang keperluan untuk memasak kerana kami akan berada di Auckland selama 2 hari 2 malam. Berbekalkan peta, kami berjalan kaki ke Foodtown yang saya kira amat jauh kerana penat dan saya serta suami bergilir-gilir mendukung Harraz menyebabkan kaki tidak larat lagi untuk melangkah. Kami selesai membeli barang-barang jam 10.30 malam. Cerita sedih yang kedua ialah topup boucher bernilai NZD20 hilang.  Pengajaran pertama dari sini ialah MESTI SEWA KERETA dan BERHATI-HATI DENGAN TOPUP BOUCHER. Cerita akan bersambung…….

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.